penapis-udara-untuk-kucing

Kucing adalah haiwan yang sering dijadikan haiwan peliharaan kerana rupanya yang comel dan kebanyakanya mempunyai sifat yang manja. Akan tetapi, ada juga individu atau keluarga yang ingin membela tetapi risau akan masalah bulu dan bau kucing. Jom Wan Soli kongsikan tentang penapis udara untuk kucing.

Antara masalah yang sering menjadi topik kebimbangan adalah : –

  1. Masalah bau kucing serta najis kucing tersebut
  2. Masalah alahan seperti sinus dan hidung sensitif
  3. Masalah bulu kucing
  4. Masalah anak kecil di rumah

Kepada anda yang menghadapi masalah ini sudah semestinya ingin mendapatkan jalan penyelesaian kan?

APAKAH MESIN PENAPIS UDARA NI?

Pembersih udara atau penapis udara (air purifier) merupakan mesin yang menyedut masuk dan menapis kemudian menghasilkan semula udara yang lebih bersih dan selamat. Ia sememangnya penting bagi mencegah pencemaran udara, dan mengurangkan risiko jangkitan kuman & virus di dalam rumah atau pejabat.

**Di dalam konteks entri kali ini lebih kepada situasi kepada pecinta haiwan seperti kucing. Untuk golongan yang bukan Muslim yang membela haiwan seperti anjing juga boleh membaca entri ini kerana persamaan antara kucing & anjing adalah kedua-dua spesis mempunyai bulu.**

CARA PEMILIHAN MESIN PENAPIS UDARA YANG TERBAIK UNTUK KUCING?

Lepas beli menyesal kerana masalah tidak selesai? Ini kerana majoriti pengguna di luar sana akan tengok pada harga kerana pemilihan jenis penapis udara ini tak semua orang tahu caranya.

Beberapa ciri yang perlu anda ambil berat adalah anda perlu melihat kepada

  1. Kawasan liputan mesin penapis udara tersebut boleh bersihkan (coverage area)
  2. Teknologi tapisan (jenis penapis & bilangan penapis yang dilengkapkan dalam mesin)
  3. Sensor yang boleh mengesan kualiti udara di dalam suatu kawasan
  4. Penggunaan elektrik samada jimat elektrik atau tidak

Untuk tips & panduan yang lebih lengkap Wan Soli akan cuba kongsikan dalam entri yang akan datang.

BAGAIMANA PENAPIS UDARA COWAY LOMBOK MENYELESAIKAN MASALAH PENCINTA KUCING?

Kebanyakan pengguna penapis udara Coway memilih model Coway Lombok ini untuk selesaikan masalah-masalah seperti yang dinyatakan di atas. Tapi, bagaimanakah cara penapis udara Coway Lombok ini dapat menyelesaikan masalah berkaitan kucing ini?

1. Kawasan Liputan Tapisan Yang Luas (Coverage Area)

Penapis udara Coway Lombok ini boleh membersihkan & menapis udara maksimum sehingga 1600 kaki per segi iaitu ia berupaya untuk membersihkan 4 kali ganda keluasan berbanding jenama lain yang ada di dalam pasaran Malaysia.

Jadi jimat kos pembelian dan elektrik anda kerana tidak perlu pasang sehingga 2-3 unit penapis udara.

2. Lubang Penyedut Habuk Yang Besar & Selamat Buat Kanak-Kanak Kecil.

Salah satu ciri-ciri bulu kucing ini biasanya panjang dan senang nak tergumpal. Jadi Penapis Udara Coway Lombok ini mempunyai lubang penyedut habuk yang besar, dan gumpalan bulu tersebut tidak akan menjadi satu masalah kepada penapis udara Lombok untuk menyedut.

Tambahan pula, lubang sedutan ini direka khas supaya selamat untuk kanak-kanak. Udara bersih memang penting tetapi keselamatan juga tidak boleh diambil ringan, betul tak?

3. Kipas 5 Tahap Kelajuan & Dilengkapi Fungsi Turbo

Penapis udara Lombok mempunyai 5 tahap kelajuan kipas yang mempunyai fungsi menyedut udara yang kotor dengan lebih laju berbanding dengan mesin model yang lain.

Tekan sahaja pada “Turbo Mode” dan Lombok akan bersihkan udara di dalam rumah dengan pantas, fungsi ini digalakkan jika rumah anda mempunyai bau kucing yang terlalu kuat ataupun habuk & bulu kucing berterbangan terlalu banyak.

4. Penunjuk Kualiti Udara Secara Langsung (Air Indicator)

Pada penapis udara Coway Lombok ini dilengkapi dengan teknologi “Air Indicator” atau terjemahannya Penunjuk Kualiti Udara yang mempunyai fungsi mengesan kualiti udara semasa di dalam rumah anda.

Penunjuk ini mempunyai beberapa jenis warna lampu dan apabila udara di dalam rumah atau kawasan tersebut dalam keadaan yang teruk, ia akan bertukar lampu kepada warna merah.

Apabila udara sedang ditapis atau dibersihkan dan kualiti udara menjadi semakin bersih, lampu warna merah tersebut akan berubah kepada warna ungu dan kemudian biru gelap. Selepas udara dah menjadi bersih dan selamat , lampu penunjuk tersebut akan bertukar kepada warna biru yang cerah.

Jadi dengan adanya teknologi penunjuk kualiti udara ini, anda akan lebih peka dan tahu akan keadaan udara semasa di dalam rumah anda bersih ataupun sebaliknya.

5. MENGhapuskan bau kucing & BAU NAJIS KUCING

Penapis udara Coway dilengkapkan dengan filter arang atau dalam bahasa saintifik nya adalah “Deodorisation Filter” di mana ia adalah filter yang mampu menyerap bau-bauan yang kurang enak di dalam rumah kita.

Jadi, lepas ni tak perlu bimbang bila tetamu berkunjung ke rumah anda kerana bau kucing ataupun bau najis kucing telah disedut dan ditapis oleh filter arang yang terdapat pada penapis udara Coway ni.

6. DILENGKAPI TEKNOLOGI Anti bakteria

Dengan teknologi 6 tapisan yang dilengkapkan pada penapis udara Coway Lombok ni ia dapat membantu:-

  • Memerangkap habuk dan bulu kucing,
  • Menyahaktifkan virus legionella yang membawa punca penyakit pneumonia (anda boleh klik di >sini< untuk ketahui lebih lanjut tentang apa itu virus legionella),
  • Mempunyai Penapis Anti-Flu HEPA yang menyahaktifkan 99.9% bakteria dan virus disamping menghilangkan asap rokok.
  • RBD Plasma yang mampu membunuh kuman seperti E.coli di mana kuman ini akan membawa punca kepada keracunan makanan.
  • Dilengkapi dengan Catalyst filter yang boleh menghilangkan gas-gas yangbmerbahaya di dalam kediaman anda.
  • Penapis arang yang boleh menghilangkan bau kucing, bau asap rokok di dalam rumah, bau kepam, bau masakan, dan lain-lain bau.
  • Teknologi Ionizer yang melepaskan ion negatif kedalam udara di dalam rumah yang mempunyai tujuan untuk memerangkap molekul yang berbahaya di udara yang mempunyai cas positif dan meneutralkannya lantas menyegarkan udara di dalam rumah.

Penapis udara ni sebenarnya bukan lah semata-mata untuk pencinta kucing, malah penapis udara Coway Lombok juga sesuai untuk individu yang menghidap asma, keluarga yang mempunyai perokok, masalah sinus, ekzema bawaan udara dan macam-macam lagi.

KUALITI SERVIS

Salah satu sebab lagi mengapa Penapis Udara Coway ini menjadi pilihan adalah kualiti servis selepas jualan yang terbaik kerana mesin akan diservis setiap 2 bulan tanpa gagal oleh Cody (Coway Lady – Bahagian Servis) tanpa gagal.

Coway sahaja yang menawarkan servis paling kerap iaitu 2 bulan sekali kerana penapis yang tidak selalu diservis akan menjadi sebab tempat pembiakan bakteria dan kemungkinan dapat menjejaskan kesihatan.

Tak tahu nak cari dekat mana untuk ganti filter? Jangan risau, semua masalah anda Coway selesaikan, jadual penukaran filter adalah sekerap 4 bulan dan penukaran filter baru adalah PERCUMA sahaja.

KEBERKESANAN

Saya akan kongsikan beberapa video yang telah diambil oleh pengguna penapis udara Coway untuk saya tunjukkan kepada anda keberkesanan penapis udara ini.

TESTIMONI CUSTOMER

Untuk tempahan dan harga promosi penapis udara Coway boleh hubungi Wan Soli Pakar Produk Coway di talian 017 6799 051 atau klik butang wasap dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights