Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pelawat blog wansoli.com. Kali ini Wan Soli nak kongsikan entri berkaitan kadar penggunaan elektrik penapis air Coway.
Bila kita sembang tentang bil elektrik/api ni memang kalau boleh ramai nak cari model yang lebih jimat elektrik. Tak kira lah barangan elektrik apa sekalipun, baik televisyen, aircond atau water heater.
Baik, jom Wan Soli kongsi sedikit sebanyak jumlah penggunaan elektrik untuk satu uni penapis air Coway di rumah.
Saya harap dengan entri ini dapat menjawab khabar angin dan syak wasangka yang tidak begitu baik yang berlegar di dalam minda Tuan-Tuan dan Puan-Puan
BUAT PERBANDINGAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH ANDA
Di sini Wan Soli nak buat perbandingan 3 peralatan elektrik yang biasa digunakan di dalam rumah kita.
Kalau kita lihat dari segi kadar penggunaan elektrik ternyata mesin penapis air Coway yang menggunakan watt paling minimum iaitu 320 watt berbanding cerek elektrik yang mempunyai 730 watt sehingga 2150 watt.
Misalnya Tuan/Puan guna model Villaem 2 seperti gambar rajah di atas. Penggunaan elektrik watt ialah dari 270W sehingga 320W. Jadi kita ambik elektrik watt yang maksimum iaitu 320W .
INI ADALAH KIRAAN MAKSIMUM TANPA FUNGSI “POWER SAVING MODE” ATAU “ECO MODE”
Jika kita ambil purata elektrik mesin penapis air Coway dalam fungsi :
1) Stand by (0.5A)
2) Mendidihkan air (3.4A, 3 Minutes)
3) Menyejukkan air (0.7A)
Jika dikira secara kasar misal kata beroperasi selama 24 Jam, 30 Hari. Nilai Voltan dari 216.2V – 253V, jika diambil kasar adalah 240V.
Kiraan Anggaran :
- Fungsi Stand by – 22 jam / 30 hari
- Fungsi Mendidihkan Air – 1 jam / 30 hari
- Fungsi Menyejukkan Air – 1 jam / 30 hari
0.5A x 240V ÷ 1,000 x 22 JAM x 30 HARI = 79.2kWh
3.4A x 240V ÷ 1,000 x 1 JAM x 30 HARI = 24.48kWh
0.7A x 240V ÷ 1,000 x 1 JAM x 30 HARI = 5.04kWh
Total Amp / 1 BULAN = 108.72kWh
108.72kWh x 0.218 (Block Pertama Tarif TNB) = RM23.70
108.72kWh TIDAK MELEBIHI blok pertama pada Bill TNB & masih jimat elektrik
(Tidak Membuat Bill Elektrik Melambung)
Anggaran kasar penggunaan elektrik mesin penapis air Coway ialah “RM23.70” sebulan pada tahap maksimum. Tambahan pula, ini belum diambil kira fungsi “power saving mode” & “Eco Mode” (seperti inverter) yang dilengkapkan pada setiap mesin penapis air Coway.
Bila dihidupkan dengan fungsi penjimatan elektrik. Penggunaan elektrik di rumah cuma sekitar RM5 hingga RM7 (ini berdasarkan testimoni & maklum balas client Wan Soli sendiri).
Dan berdasarkan ujian. Coway sangat jimat tenaga. Oleh sebab itu, jenama Coway telah dianugerahkan dan diiktiraf sebagai jimat elektrik oleh ENERGY STAR .
BUKTI TAMBAHAN JENAMA COWAY JIMAT ELEKTRIK
JADI, BAGAIMANA PENAPIS AIR COWAY NI MENJIMATKAN KOS ELEKTRIK?
- Kerana jumlah penggunaan elektrik mesin penapis air Coway yang sangat rendah iaitu 250 – 350 watt sahaja berbanding cerek elektrik yang mampu cecah sebanyak 2150 watt.
- Penapis air Coway tidak akan melalui proses mendidihkan air sepanjang masa dan ia hanya menggunakan elektrik jika suhu air turun dari penanda aras suhu yang ideal. Proses ini sama juga seperti kompressor peti ais yang akan beroperasi apabila suhu peti ais tidak berada di suhu ideal yang ditetapkan.
- Kesemua penapis air coway dilengkapi Night Mode, Power Saving Mode & Eco Mode yang dapat kurangkan penggunaan elektrik sehingga 30% pada sebelah malam hari berbanding pada waktu siang.
- Penapis Coway diiktiraf jimat elektrik oleh ENERGY STAR US. Satu-satunya penapis air di Malaysia yang diiktiraf jimat elektrik oleh organisasi bertaraf dunia. Anda boleh baca tentang Energy Star di >sini<
Jadi kesimpulannya, penggunaan mesin penapis air Coway akan lebih banyak memberikan kemudahan dan kebaikan iaitu dari penjimatan elektrik, air minuman ditapis bersih untuk satu keluarga dan kita dapat menikmati air minuman yang sejuk dan panas sepanjang masa 24 jam tanpa perlu tunggu dan buang tenaga.
Sekian dari Wan Soli…
Jika perkongsian Wan Soli kali ini membantu dan memudahkan urusan Tuan/Puan sila LIKE dan REVIEW page Wan Soli dengan menekan gambar dibawah.
Jika anda aada soalan ,sila hubungi Coway Careline di talian 1800-888-111 atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.