Air adalah komposisi utama dalam tubuh manusia. Kira-kira 60 peratus daripada berat badan manusia dewasa adalah air iaitu 40 liter. Bagi kanak-kanak, peratusan ini lebih tinggi iaitu kira-kira 75 peratus.
Air memainkan peranan yang penting dalam membantu penghadaman, penyerapan nutrisi, peredaran darah, penghasilan air liur dan mengawal suhu badan.
Sistem di dalam tubuh tidak akan befungsi secara normal jika tubuh badan kita kurang air atau mengalami dehidrasi kerana air merupakan komponen yang penting untuk menyusun sel-sel di dalam tubuh badan kita. Ketidakseimbangan gula dan garam di dalam tubuh juga akan turut terganggu sekiranya kekurangan cecair.
Tanda-Tanda Dehidrasi Atau Kurang Air
Sekiranya tubuh kita perlukan air, salah satu tanda yang normal adalah berasa haus atau dahaga. Lebihkan dan amalkan meminum air kosong dan cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah minum sebelum tekak rasa haus.
Majoriti berpendapat bahawa makanan adalah satu-satunya jalan penyelesaian apabila anda berasa lapar, padahal faktor kekurangan air dalam tubuh juga menyumbang kepada masalah tersebut.
Tips untuk membantu diet pemakanan kita dengan lebih teratur dan baik adalah segelas air sebagai pembuka sebelum makan.
Jom Wan Soli kongsikan 10 tanda sekiranya anda kurang air dan cara untuk mengatasinya.
1. Mulut Kering
Jika mulut anda mula kering dan lidah sedikit membengkak , ia adalah tanda dehidrasi dan tanda mudah untuk mengatakan tubuh badan kita memerlukan air.
Dalam situasi seperti ini, anda digalakkan untuk meminum air putih (air kosong) jika dibandingkan dengan air manis.
2. Kulit Kering
Kekurangan air di dalam badan juga akan memberi kesan penurunan fungsi pencernaan di dalam badan yang mengandungi lebihan kotoran dan minyak. Jika anda sukar peluh dan kulit kelihatan kering anda perlu tahu ia adalah salah satu tanda kurang air.
Jadi pastikan anda meminum air yang cukup mengikut berat badan (minimum 1 liter air untuk setiap 25kg berat badan)
3. Kulit Kendur
Kulit anda akan terkesan jika kekurangan air di dalam tubuh kerana kulit yang mudah & sihat akan nampak lebih anjal dan tegang.Jadi minum air yang cukup supaya kulit anda terjaga dan kelihatan lebih sihat.
4. Mudah Sakit Mata
Saluran air mata akan menjadi kering jika kurang pengambilan air putih dalam kehidupan harian anda. Jadi anda kena peka dengan gaya hidup zaman sekarang yang lebih cenderung kepada penggunaan peranti mudah alih, laptop, televisyen di mana faktor-faktor tersebut juga penyebab saluran air mata menjadi kering.
Penggunaan eye drop akan membantu mengurangkan iritasi di bahagian mata dan juga banyakkan minum air putih untuk pastikan saluran air mata anda sentiasa lembab.
5. Mulut Berbau
Air liur adalah komponen yang mengandungi bahan anti-bakteria yang membantu melawan bau mulut. Kekurangan air bermaksud kurang air liur dihasilkan, lalu pembiakan bakteria akan lebih aktif.
Jadi, adalah perlu untuk mengatasi masalah mulut berbau ini dengan meminum air dan pada masa yang sama memberi keselesaan pada mulut.
6. Sakit Kepala
Kekurangan air dalam badan juga akan mengakibatkan sakit kepala kerana ia berpunca dari reaksi otak yang sensitif kepada satu reaksi kimia dalam badan & juga penyusutan jumlah plasma darah.
Keadaan ini menyebabkan pengecutan pada otak kerana ia cuba untuk mengimbangi kekurangan cecair dan penarikan antara otak dan tengkorak yang menyebabkan sakit kepala.Minum air yang cukup, ambil ubat-ubatan jika perlu & rehat untuk mengawal sakit kepala.
7. Sembelit
Dehidrasi juga boleh menyumbang kepada cirit-birit dan muntah.Sistem pencernaan tidak akan dapat berkerja secara optimum apabila kurang pengambilan air.
Ia menyebabkan penyerapan dan pergerakan makanan di dalam usus akan terganggu lalu najis akan menjadi keras dan akan menyebabkan sembelit.
8. Otot Mudah Kejang
Sekiranya anda sejenis individu yang aktif bersenam & bersukan, kekejangan otot mungkin berpunca daripada dehidrasi dan kekurangan elektrolit. Jadi kekejangan otot juga adalah salah satu tanda yang anda perlu minum air yang mencukupi.
Pastikan pengambilan air yang lebih dari biasa apabila bersenam dan bersukan.
9. Air Kencing Gelap & Pekat
Indikasi kesihatan keseluruhan tubuh adalah warna air kencing. Warna yang cerah merupakan tanda yang sihat & baik kerana ia menandakan air dalam tubuh anda cukup. Manakala air yang lebih gelap & pekat menunjukkan anda perlu minum air yang secukupnya.’
10. Cepat Letih & Penat
Punca tekanan darah tidak terkawal dengan baik adalah daripada kekurangan air sekaligus membuat anda merasa cepat penat. Kekurangan air menyebabkan kekurangan jumlah darah dan ia akan mengurangkan kadar oksigen di dalam otak.
Jika anda kerpa mengupa dan mudah rasa mengantuk, banyakkan minum air kosong kerana ia adalah tanda-tanda awal kekurangan oksigen.
Pesanan Wan Soli
Air adalah asas dalam kehidupan seharian kita dan jangan lupa untuk minum air kosong/air putih secukupnya.
Elakkan pengambilan teh & kopi yang banyak kerana gejala dehidrasi ini lebih digalakkan untuk minum air kosong yang banyak kerana keberkesanan ia lebih bagus dan lebih sihat berbanding air manis yang lain.
Minum berkarbohidrat adalah tidak digalakkan sama sekali kerana ia mengandungi lebih banyak gula dan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain.
Mangsa dehidrasi yang teruk boleh menjadi sawan, kerosakan otak dan juga kematian. Jadi rawat dehidrasi dengan cepat , amalkan membawa air bekal setiap hari ke mana-mana sahaja. Isi dari rumah & pada masa yang sama anda boleh jimat kos dari beli air di luar.
Jika anda ingin mendapatkan bekalan air yang bersih dari mesin penulen air supaya air minum menjadi lebih mudah, senang dan selamat daripada Coway yang hanya serendah RM2.16 sehari . Hubungi saya di talian 017-6799051 untuk ketahui Promosi terkini dari Coway.
Sekian…
Jika perkongsian saya membantu dan memudahkan urusan TUan/Puan sila LIKE & REVIEW page saya dengan menekan gambar di bawah.
Jika ada soalan sila hubungi Coway Careline di talian 1800-888-111 atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.
Leave a Reply