Panduan Membeli Penapis Air Panas Dan Sejuk

Semakin hari rakyat Malaysia semakin peka dan sedar akan kepentingan penapis air dan kini telah pun menjadi satu keperluan di dalam rumah.

Dengan adanya mesin penapis air, pengguna dapat merasai kebaikan dari segi kesihatan, malah kerja di dapur dipermudahkan kerana ia menjimatkan masa, tenaga serta kos perbelanjaan seharian.

Tambahan dengan kemajuan teknologi zaman kini, mesin penapis air sudah dilengkapi dengan teknologi air panas & sejuk. Cuma dengan menggunakan hujung jari sahaja, pengguna dapat menikmati air minum yang segar & bersih tanpa perlu tunggu.

Beberapa elemen yang perlu kita pertimbangkan sebagai seorang pengguna sebelum melakukan sebarang pembelian , kerana terdapat pelbagai jenis jenama mesin penapis air panas dan sejuk yang berada di dalam pasaran.

Di dalam arktikel ini, Wan Soli akan kongsikan beberapa panduan dan tips untuk pengguna di luar sana lihat sebelum membuat pembelian penapis air.

1. HALAL

Kebanyakannya jenama penapis air panas dan sejuk dijual dengan harga yang lebih murah kerana jenama itu menggunakan tulang haiwan , manakala jenama yang terkenal dan diiktiraf halal oleh JAKIM menggunakan bahan semula jadi. Jika ingin membeli mesin penapis air panas dan sejuk, sila buat rujukan terlebih dahulu untuk memastikan barangan yang dibeli itu adalah daripada sumber yang HALAL.

Klik sini -> https://www.halal.gov.my/v4/

Laman web untuk mencari kesahihan pengiiktirafan HALAL
Cuma perlu taip “coway” dan pengguna di luar sana boleh tengok dan merujuk dengan lebih teliti dan terperinci

2. TEKNOLOGI TAPISAN

Salah satu faktor yang akan membezakan tahap kualiti air bersih yang dihasilkan kepada pengguna adalah teknologi sistem tapisan yang ada di dalam mesin penapis air tersebut.

Teknologi tapisan asas yang sering digunakan di dalam penapis air lama hanya mempunyai penapis yang diberikan nama ‘sediment filter’ dan ia tidak mampu menghapuskan bakteria dan virus yang ada di dalam air. Jadi air yang dihasilkan untuk pengguna belum dijamin bersih dan selamat untuk diminum. Secara hipotesis atau cara senang nak faham, semakin halus sistem tapisan semakin bersih air yang dihasilkan.

3. SAIZ TANGKI

Saiz tangki memainkan peranan yang penting untuk menampung kapasiti bilangan ahli keluarga di dalam rumah. Jika saiz tangki yang terlampau kecil , kemungkinan ia tidak dapat menampung jumlah yang ramai. Oleh itu, jika anda mempunyai bilangan isi rumah yang besar, sudah tentu kapasiti air yang besar diperlukan untuk menampung ahli keluarga anda.

Tambahan pula, jika terdapat situasi catuan bekalan air di tempat anda semestinya saiz tangki yang kecil mungkin akan memberikan masalah kepada anda. Pastikan jumlah penyimpanan air pada model penapis air sejuk dan panas tersebut.

4. PENGGUNAAN ELEKTRIK

Pilihlah model penapis air panas dan sejuk yang penggunaan elektrik yang rendah dan mempunyai “ECO MODE” atau “POWER SAVING MODE”. Ini adalah kerana mesin pasti menggunakan elektrik untuk memanaskan dan menyejukkan air.

Jadi kalau pengguna nak lebih mudah, cari penapis air panas dan sejuk yang mempunyai sijil cekap elektrik dari Suruhanjaya Tenaga (Malaysia) ataupun Energy Star (Global).

Untuk memanaskan dan menyejukkan air pasti menggunakan elektrik. Jadi pilih model yang menggunaan elektrik yang rendah dan mempunyai eco ataupun power saving mode.

Untuk penggunaan elektrik penapis air Coway boleh <klik sini>.

5. DIIKTIRAF & DIPERAKUI OLEH BADAN PROFESSIONAL

Pastikan dan periksa pengiktirafan daripada badan-badan tertentu seperti WQA, NSF, SIRIM dan sebagainya sebelum anda ingin membeli penapis air.

Untuk memperolehi keyakinan dan keselamatan pengguna , penapis air yang diiktiraf ini wajib melalui ujian tertentu seperti “stress test”, “safety test”, dan sebagainya.

Untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari, sila semak terlebih dahulu sama ada jenama tersebut diperakui atau tidak.

6. KHIDMAT LEPAS JUALAN (AFTER SALES SERVICE)

Untuk mesin penapis air panas & sejuk, ia memerlukan perkhidmatan lepas jualan ataupun “after sales service” dan ia penting untuk kita sebagai pengguna tahu supaya penapis air kita dapat mengekalkan kualiti buat jangka masa yang panjang dan tidak membebankan kita di kemudian hari. Perkhidmatan ini bermaksud perkhidmatan servis secara berkala, filter gantian mudah didapati atau tidak, jaminan kerosakan dan caj yang dikenakan.

Jadi pilihlah jenama yang mempunyai servis paling kerap dengan jaminan yang tiada caj tersembunyi kerana kini kebanyakan jenama penapis air sudah pun mempunyai jaminan masing-masing. Jangan lupa, lagi kerap servis lagi bagus.

7. KONTRAK JUALAN

Sebelum memilih produk yang paling murah sahaja, pastikan anda mengetahui syarat-syarat kontrak jualan yang ditetapkan oleh syarikat itu sama ada anda beli secara tunai (cash) ataupun sewa beli (bayar bulan).

Bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham pada masa akan datang, anda sebagai pelanggan perlu memahami segala isi kandungan yang terdapat di dalam kontrak jualan tersebut. Pastikan anda faham di bahagian terma & syarat.

8. ULASAN PENGGUNA

Untuk meningkatkan tahap keyakinan terhadap sesuatu jenama, sudah tentu kita akan melihat kepada ulasan pengguna jika kita ingin membeli produk daripada jenama tersebut.

Jika ulasan daripada pengguna bahawa jenama itu bagus, jadi anda boleh buat keputusan untuk teruskan dengan pembelian. Jika sebaliknya yang diberikan, maka lebih baik anda batalkan hasrat untuk membeli daripada jenama tersebut.

Mesin penapis air Coway menerima maklum balas yang positif daripada pengguna nya bukan dari segi kualiti mesin yang ditawarkan bah kan juga perkhidmatan selepas jualan (after sales service). Oleh itu, Coway diiktiraf sebagai penerima Platinum Award oleh Reader’s Digest Trusted Brand.

Kesimpulannya, salah satu tanggungjawab sebagai seorang pengguna yang bijak adalah memastikan pembeliannya itu adalah dengan jenama yang tepat supaya tidak menjadi mangsa penipuan daripada mana-mana syarikat.

Teliti secara terperinci setiap pakej yang ditawarkan kepada anda.

Semoga artikel Wan Soli kali ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat keputusan yang lebih baik.

Jika anda ingin tahu model penapis air mana yang terbaik untuk keperluan keluarga anda dan ingin membuat pembelian boleh klik butang di bawah dan berurusan dengan saya

Jika apa yang Wan Soli kongsikan disini membantu dan menjawab persoalan Tuan/Puan. Sila like page fb Wan Soli dengan klik butang dibawah sebagai tanda sokongan anda.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *