cara nak pindah mesin coway

Cara Nak Pindah Mesin Coway

Jika anda ingin berpindah ke rumah baru atau rumah sedang renovation dan perlu ubahkan mesin tersebut ke kawasan lain, anda tidak perlu risau sebab WanSoli akan terangkan cara-cara nak pindah mesin Coway anda.

Sebagai pelanggan Coway yang disayangi, anda diberikan quota pemasangan semula secara percuma setahun sekali. Contohnya perjanjian mesin anda adalah 5 tahun, jadi anda boleh pindah sebanyak 5 kali.

Jika tempoh pembayaran mesin dah habis, mesin akan menjadi hak milik dan anda boleh memperbaharui servis Coway secara pembayaran tahunan, harga pakej tersebut adalah mengikut jenis mesin. Anda boleh lihat harga pakej servis tahunan di sini.

Jadi apabila anda sudah berjaya memperbaharui pakej tersebut, anda boleh buat pemasangan semula mesin satu kali setahun.

Cas yang dikenakan untuk pemasangan semula adalah percuma sahaja untuk pelanggan yang masih di dalam perjanjian dan yang dah memperbaharui pakej servis tahunan.

LANGKAH PERTAMA

Kemaskini alamat anda kepada alamat yang terbaru, maklumkan tarikh pemasangan semula & model penapis air anda kepada Nombor Careline Coway iaitu 1800 88 8111 atau hubungi ejen Coway anda.

LANGKAH KEDUA

Anda perlu buka & cabut mesin Coway anda dan bawa ke alamat rumah yang baru.

Cara-cara untuk membuka penapis air Coway
1. Tutup punca air di paip/sinki (sumber air Coway)
2. Keluarkan semua air dari setiap tangki dan pastikan semua habis untuk ringankan mesin sewaktu pemindahan.
3. Tutup suis plug mesin Coway dan cabut dari soket 
4. Cabut atau potong paip saluran air yang berwarna oren dan biru (untuk model Neo & Harry hanya biru sahaja) selepas ‘connector’ paip L yang berdekatan dengan sinki atau sumber air.

AWAS! JANGAN POTONG PAIP YANG KELUAR DARI MESIN COWAY

LANGKAH KETIGA

Bawa mesin penapis anda ke rumah/alamat baru.

LANGKAH KEEMPAT

Coway Technician (CT) akan hubungi anda dan membuat pemasangan semula mesin Coway di alamat baru. Pastikan jarak sumber air tidak melebihi 15 kaki dan sediakan sumber plug point.

Kalau mesin anda memenuhi syarat minimum kontrak, anda juga boleh tamatkan kontrak dan pasang mesin penapis baru di alamat yang baru​

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini, anda boleh Like & Review Facebook Page WanSoli dengan menekan gambar di atas.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *