Kini masyarakat kian sedar terhadap kualiti bekalan air yang masuk di dalam rumah mereka. Oleh kerana itu, selain peduli tentang kesihatan tubuh badan penggunaan penapis air Coway sekarang menjadi sangat terkenal. Entri kali ini Wan Soli ingin kongsikan tips pilih penapis air Coway.
Pada tahun 2020, Coway telah mencapai 1 juta pengguna dan kini pengguna penapis air Coway di negara Malaysia telah mencapai hampir 3 juta pengguna pada tahun 2023. Tahniah kepada semua pengguna Coway. Peningkatan yang memberangsangkan dalam masa 3 tahun.

Semua penapis air Coway dijamin HALAL dan mempunyai sijil JAKIM. Majoriti pengguna Coway pentingkan kualiti air bersih, selamat diminum untuk satu keluarga daripada bahan cemar, klorin, karat & logam berat.
Sehubungan dengan itu, penapis air juga dapat menghilangkan rasa payau, menyingkirkan warna dan bahan bendasing (logam berat) di dalam air.
Ketika ingin membeli penapis air Coway sebagai pilihan, pertama sekali anda perlu tahu model penapis air manakah yang mengikut keperluan dan kehendak anda.
Di Coway, kami mempunyai sebanyak 11 model penapis air termasuk penapis air luar (outdoor).

Jom Wan Soli kongsikan 5 tips bagaimana nak pilih model penapis air Coway 2023 yang terbaik.
Tips Penapis Air No.1 : Isi Rumah
Seperti biasa, pertama sekali Wan Soli akan bertanya kepada anda adalah bilangan isi rumah. Jumlah isi rumah harus diambil tahu kerana Wan Soli boleh cadangkan tangki model yang sesuai supaya anda dapat bekalan air yang mencukupi.
Sebab setiap model penapis air Coway mempunyai kapasiti tangki yang tersendiri. Semakin besar isi rumah, semakin besar kapasiti tangki air yang anda diperlukan.

Seperti yang anda lihat gambar di atas, penapis air Coway yang mempunyai fungsi ‘direct flow’ seperti Kecil ini mempunyai teknologi ‘direct’ tanpa tangki (tankless model). Ini adalah kerana air masuk, terus ditapis dan boleh diminum terus tanpa perlu ditapis masuk ke dalam tangki.
Tangki yang paling kecil ialah penapis air Coway model Cinnamon yang berkapasiti 5.0 liter dan model penapis air Coway yang berkapasiti paling besar adalah model Core Plus iaitu 21.1 liter.
Terdapat 3 kumpulan isi rumah dan setiap model penapis air mempunyai kemampuan sendiri untuk menampung bilangan isi rumah :
ISI RUMAH KECIL
5 LITER – Sesuai untuk SEORANG SEHINGGA 5 ORANG isi rumah.
(Cinnamon , Neo Plus , Kecil , Glaze & Inception)
============
ISI RUMAH SEDERHANA
10 LITER – Sesuai untuk 5 ORANG SEHINGGA 10 ORANG isi rumah.
(Villaem 2 , Harry , Ombak & Lucy Plus)
============
ISI RUMAH BESAR
20 LITER – Sesuai untuk 10 ORANG SEHINGGA 20 ORANG (Core Plus)
Baik , sekarang anda akan lebih jelas di manakah kumpulan isi rumah yang sesuai dengan anda dan model apa yang sesuai untuk anda dan dan keluarga.
Manakala PENAPIS AIR LUAR BAMBOO PLUS tidak mempunyai tangki, dipasang di luar rumah dan masih belum sesuai untuk dibuat minum kerana BAMBOO PLUS hanya menapis kotoran air untuk satu rumah namun anda masih perlukan penapis air INDOOR kerana tapisannya lebih halus.
Jadi , BAMBOO PLUS ini sesuai untuk mandian, masakan, membasuh baju, cucian kereta dan sebagainya.
Jika saudara-mara atau kawan-kawan anda selalu datang ke rumah atau mungkin juga berlakunya terputus bekalan air, ini adalah situasi-situasi di mana anda perlu faham tentang pemilihan jenis model penapis air.

Atau salah satu lagi adalah anda selalu buat kenduri atau majlis makan-makan di rumah dan di sini anda kena tahu yang anda memerlukan air yang banyak pada masa tersebut.
WanSoli ingin ingatkan bahawa pembelian penapis air ini adalah pelaburan untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya pengulasan WanSoli tadi tepat atau hampir tepat anda perlu membuat keputusan yang lebih tepat dengan mempertimbangkan model yang besar sikit kapasiti tangkinya.
Seterusnya, tips untuk pemilihan suhu.
Tips Penapis Air No.2 : SUHU
Salah satu faktor penting dalam memilih penapis air adalah suhu. Majoriti pengguna akan lebih mengutamakan model penapis air yang dilengkapi suhu panas, sejuk dan suhu biasa. Manakala ada segelintir pengguna lebih mengutamakan air bersuhu biasa sebagai air minuman seharian mereka.
Jom WanSoli senaraikan model penapis air Coway berserta suhu yang ada iaitu suhu panas, sejuk, sejuk+ dan suhu biasa, suam & ais.
MODEL & SUHU | ![]() ![]() | ![]() | ![]() | ![]() ![]() | ![]() ![]() |
---|---|---|---|---|---|
BIASA | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
PANAS | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | |
SEJUK | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | |
SEJUK+ | ![]() | ||||
SUAM | ![]() | ![]() | |||
AIS |
MODEL & SUHU | ![]() ![]() | ![]() ![]() | ![]() | ![]() ![]() | ![]() ![]() |
---|---|---|---|---|---|
BIASA | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
PANAS | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
SEJUK | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
SEJUK+ | |||||
SUAM | ![]() | ||||
AIS | ![]() |
Jadi WanSoli sediakan jadual ini untuk membantu anda supaya lebih jelas tentang model penapis air, fungsi dan suhunya.
Selain daripada 3 suhu asas (panas, sejuk & suhu biasa) ini, sesetengah model penapis air Coway mempunyai fungsi & suhu tambahan seperti suam, panas yang boleh dilaras, sejuk+ (dua kali ganda suhu sejuk) dan fungsi untuk menghasilkan ais bersih dari air tapisan.

Suhu SUAM yang dilengkapi dalam model KECIL, VILLAEM 2 & OMBAK sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu formula. Sepantas 10 saat anda boleh siapkan susu bayi. Jimat masa, jimat tenaga.

Manakala untuk suhu SEJUK+ adalah sesuai kepada pengguna yang minat dengan air sejuk. Coway reka khas untuk anda penapis air Coway Glaze yang mempunyai suhu serendah 4.4 darjah celcius.


Kepada peminat minuman yang berais anda boleh menikmati hanya di hujung jari dengan Penapis Air Coway Lucy Plus yang mempunyai fungsi 2 in 1 iaitu dapat mengeluarkan air bersuhu dan ais sebanyak 1 kg pada satu masa.

Sudah ada beberapa model yang berkenan di hati? WanSoli harap anda dah ada senarai pendek model penapis air mana yang mengikut isi rumah dan suhu yang diperlukan.
Jom kita tengok tips seterusnya iaitu jenis tapisan air yang ada pada setiap penapis air Coway ini.
Tips Penapis Air No.3 : JENIS TAPISAN AIR
Syarikat Coway mengeluarkan 3 jenis tapisan air iaitu MINERAL, REVERSE OSMOSIS (RO) & ALKALI
Anda boleh lihat perbezaan air MINERAL, RO & ALKALI.
Setiap citarasa orang berbeza, ada yang minat kepada air mineral dan ada yang suka RO. Ada juga pengguna yang menghidap masalah asid tinggi dalam badan, jadi mereka lebih cenderung untuk minun air yang beralkali.
Jom kita tengok senari penapis air berserta jenis tapisan mereka.
MODEL & JENIS TAPISAN | ![]() ![]() | ![]() | ![]() | ![]() ![]() | ![]() ![]() |
---|---|---|---|---|---|
RO | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | |
MINERAL | ![]() | ||||
ALKALI |
MODEL & JENIS TAPISAN | ![]() ![]() | ![]() ![]() | ![]() | ![]() ![]() | ![]() ![]() |
---|---|---|---|---|---|
RO | ![]() | ![]() | ![]() | ||
MINERAL | ![]() | ![]() | ![]() | ||
ALKALI | ![]() |
Majoriti penapis air Coway adalah tapisan RO. Disebabkan air yang ditulenkan masih mempunyai logam berat di mana boleh meningkatkan penggunaan atau kerja tapisan kepada buah pinggang kita.
Oleh kerana itu, tapisan RO ini akan menyingkirkan hampir kesemua bahan toksik dan bendasing di dalam air.

Kesihatan anda mungkin akan terancam jika air yang diminum tidak dirawat walaupun ia dimasak kerana ia mempunyai mikro organisma yang berbahaya dan kuman-kuman kecil.
Bahan logam berat dan bahan bukan organik di dalam air belum cukup disingkirkan dari air jika anda memasak air yang tidak dirawat.
Anda dah jelas tapisan mana yang sesuai dengan anda? Mineral? RO? atau Alkali? Jika anda beri saya ruang untuk buat pilihan, WanSoli akan lebih berat kepada RO kerana ia 99% tulen bebas daripada logam berat.
Ada sebab lain kenapa saya pilih RO? sebab Mineral ada 2 jenis iaitu Organik dan Bukan Organik.
Mineral yang Organik sebenarnya sumbernya datang daripada makanan dan juga sayuran. Manakala Mineral yang Bukan Organik terdapat di dalam air dan tanah. Mineral di dalam air mempunyai kuantiti yang sangat sedikit.

Bagi pengguna yang lebih cenderung ke arah air tapisan yang beralkali, WanSoli nak memperkenalkan Penapis Air Coway Inception.
Ia adalah mesin 2 dalam 1 di mana mesin ini juga dilengkapi dengan air tapisan mineral. Jadi anda boleh pilih nak minum air mineral atau alkali.
Kelebihan air alkali ini adalah kepada mereka yang mempunyai asid yang tinggi di dalam badan. Contohnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, gastrik dan banyak lagi penyakit yang berkaitan. Jadi anda boleh amalkan pengambilan air alkali untuk neutralkan semula kandungan asid di dalam badan.

Okay WanSoli terangkan sikit tentang tahap pH air alkali Coway ini. Tahap pH air alkali ini bermula dari 8.5pH sehingga 9.5pH. Bukan itu sahaja, Inception juga dilengkapi dengan air alkali yang bersuhu sejuk di mana ketika anda minum air alkali tersebut, rasa payau adalah kurang tapi kualiti air tersebut tidak akan terjejas.
Tips Penapis Air No.4 : MODEL PILIHAN RAMAI
Selalunya, bakal pelanggan akan dicadangkan dengan model yang terkenal dan terlaris di pasaran Coway. Ini adalah kerana majoriti bakal pelanggan mempunyai masalah dan penyelesaian yang lebih kurang dari segi bajet dan keperluan.
Mesin penapis air Coway yang dilengkapi teknologi yang canggih dan moden juga mempunyai permintaan yang tinggi.
Anda boleh tengok promosi penapis air yang terbaru Coway 2023 yang sentiasa dikemaskinikan oleh WanSoli.
Jom WanSoli tunjukkan model penapis air Coway yang selalu menjadi pilihan hati rakyat Malaysia!
a. NEO PLUS
Dilengkapi dengan 3 suhu asas iaitu panas, sejuk dan suhu biasa, tambahan pula dengan harga yang mampu milik model Neo Plus ini adalah model yang sangat laris di mana menerima tempahan setiap hari.

Neo Plus yang menggunakan tapisan Reverse Osmosis (RO) yang diyakini bersih dan tulen dan model ini mampu menampung keluarga yang kecil tidak melebihi 5 orang.
Promosi yang ditawarkan oleh Coway untuk mesin penapis air Neo Plus ini adalah bayaran serendah RM65 sahaja sebulan. Promosi sehingga stok habis.

B. VILLAEM 2
Penapis air Coway Villaem 2 adalah di antara model yang sering menjadi pilihan di pasaran sekarang. Reka bentuk barunya yang lebih moden dan canggih membuatkan model 4 suhu ini ideal untuk rumah anda.

Jika anda keluarga yang mempunyai anak kecil yang minum susu formula, Villaem 2 mampu membantu anda untuk membancuh sepantas 10 saat sehaja kerana suhu suam nya yang sesuai untuk bancuhan susu bayi. Ia juga sesuai dengan keluarga sederhana kerana kapasiti tangki yang 2 kali ganda besar dari Neo Plus. Sesuai untuk 5 ke 10 orang penggunaan pada satu masa.

Menggunakan sistem tapisan RO di mana airnya diyakini bersih dan selamat dari bendasing dan logam berat. Air yang mudah diserap masuk ke dalam tubuh badan dan tidak membebankan buah pinggang di mana ia sesuai untuk warga emas.
Antara Neo Plus dan Villaem 2? Jika nak jimat, Neo Plus adalah pilihannya. Jika anda nak berbaloi, Villaem 2 adalah pilihan yang paling ideal.
Lihat lebih lanjut lagi dengan Kelebihan Penapis Air Coway Villaem 2.
C. OMBAK
Dicipta khas untuk rakyat Malaysia, Penapis Air Ombak ini menambat hati pengguna dengan reka bentuk moden dan mesra pengguna.
Ombak direka khas dengan pelbagai fungsi tetapan suhu yang unik iaitu 40 darjah celcius (susu bayi), 50 darjah celcius (baking), 60 darjah celcius (teh), 80 darjah celcius (kopi) & 90 darjah celcius (maggi).
Dan Ombak juga direka kerana permintaan dari rakyat Malaysia terhadap fungsi air panas adalah tinggi, itu lah sebab fungsi dan tangki Ombak yang besar direka oleh Coway.

Kerja di dapur menjadi efisyen dan mudah. Ombak menambat hati para wanita dan ibu di luar sana.

Bukan sahaja reka bentuk yang premium sahaja yang menjadi faktor tarikan, tangki Ombak yang besar juga memainkan peranan yang besar di mana anda boleh buat mandi anak, membasuh, masak nasi, bekalan simpanan air ketika ada masalah bekalan air dan pelbagai lagi.
Lebih lanjut tentang Kelebihan Penapis Air Coway Ombak.
D. KECIL
Bagi model yang mempunyai harga mampu milik selain Neo Plus, Coway juga mengeluarkan model Kecil sebagai pilihan alternatif kerana ia juga menawarkan pakej harga bulanan bawah RM100.
Kecil sangat sesuai untuk ruangan dapur yang kecil dan terhad seperti yang tinggal di rumah flat, condo atau apartment.

Model yang menggunakan teknologi direct tanpa tangki (tankless) dan lengkap dengan 5 pilihan suhu (panas, sejuk, biasa, suam dan kurang panas). Anda boleh keluarkan air panas dan biasa tanpa had.
Promosi yang ditawarkan oleh Coway untuk mesin penapis air Kecil ini adalah bayaran serendah RM77 sahaja sebulan. Promosi sehingga stok habis.

Jimat ruang dan dapur menjadi lebih kemas dan teratur. Kecil dan pintar.
Tips Penapis Air No.5 : BAJET
Salah satu faktor yang penting dalam pemilihan penapis air adalah bajet. Harga penapis air Coway bermula dengan serendah RM65 sebulan sehingga RM190 sebulan dengan kontrak 5 tahun.

Manakala untuk belian secara tunai bermula dengan RM2,200 sehingga RM8,000 dengan servis percuma selama 2 tahun.
Anda nak tahu tentang SEWA BELI VS TUNAI? Masing-masing ada pro dan kontra mengikut bajet masing-masing. Anda boleh jimat banyak dengan kaedah belian tunai.
Tetapkan bajet terlebih dahulu dan anda boleh tengok di bawah di mana WanSoli dah senaraikan harga sewa beli dan belian tunai setiap model penapis air Coway mengikut bajet anda.

Apapun berbaik kepada bajet dahulu agar tidak sukar untuk anda ke depan nanti. Pastikan anda mempunyai kemampuan untuk membayarnya setiap bulan secara lancar.
KESIMPULAN
Faktor yang mempengaruhi pilihan anda untuk memilih penapis air Coway ini adalah bergantung kepada faktor penggunaan harian anda di rumah. Walau bagaimanapun, WanSoli harap yang anda dapat nikmati air yang bersih dan selamat untuk keperluan harian keluarga anda.
Anda boleh pandukan 5 tips pilih penapis air Coway 2023 yang WanSoli kongsikan ini untuk keputusan yang lebih baik dan tepat.
Anda nak jimat dengan promosi Terbaru Coway 2023? Anda seharusnya baca 7 cara jimat sebelum beli penapis air Coway.
Sekiranya anda ingin bertanya tentang apa-apa berkaitan produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi WanSoli di talian 017 6799 051 atau terus klik link whatsapp ini.

Leave a Reply