Sehingga sekarang, pada tahun 2023 syarikat Coway Malaysia masih mengekalkan 2 cara pembelian iaitu Sewa Beli / Rental dan Tunai/Outright untuk produk-produk mereka.
Bagi membantu anda untuk membuat keputusan yang ideal dan tepat untuk mengelakkan daripada mengalami kerugian besar dari segi perbelanjaan, Wan Soli akan terangkan serba sedikit tentang kedua-dua cara pembelian tersebut.
Saya tak terkejut jika masih ada segelintir daripada kita masih keliru dengan kaedah ini. Ini disebabkan anda tidak menerima maklumat yang tepat dan jelas daripada ejen yang anda hubungi.
Jom Wan Soli bantu rungkaikan perbezaan antara 2 kaedah ini dengan penjelasan yang lebih senang.
Kaedah Pertama : Sewa Beli
Kaedah Sewa beli atau secara mudahnya bayaran secara ansuran dalam tempoh yang tertentu. Sewa beli ini adalah satu pilihan untuk membeli dengan bersetuju terhadap perjanjian dengan pemilik (syarikat Coway).
Kebiasaannya tempoh perjanjian produk Coway adalah selama 5 tahun. Akan tetapi, kini Coway menawarkan perjanjian pembayaran sehingga 7 tahun
Sebelum Wan Soli lanjutkan penerangan ini, anda perlu faham terma perjanjian yang ada pada setiap produk Coway. Selalunya kita dapat lihat perjanjian seperti berikut :-
3+2 / 5+0 / 7+0
Tetapi, kenapa produk dengan perjanjian 3+2 lebih tinggi harganya daripada perjanjian 5+0? Tempoh perjanjian untuk kedua-duanya sama iaitu 5 tahun.
Cuma kelebihan kepada sewa beli 3+2 ni ialah anda boleh “pulangkan” produk Coway selepas pakai selama 3 tahun tanpa caj penalti. Manakala sewa beli 5+0 pula anda akan dikenakan penalti jika ingin “pulangkan” sebelum cukup 5 tahun.
Maksud Wan Soli “pulangkan” ialah “terminate” atau batalkan perjanjian bersama Coway Malaysia. Kerana anda perlu ingat, selagi tidak memenuhi tempoh perjanjian, produk masih belum sah menjadi hak milik anda dan produk perlu dipulangkan kepada syarikat Coway.
Jika anda berniat untuk menggunakan servis Coway dengan tempoh panjang , Wan Soli sarankan untuk pilih antara sewa beli 5+0 atau 7+0 kerana anda mampu berjimat dengan bayaran bulanan yang lebih rendah.
Cuma perlu kekalkan jumlah pembayaran ansuran selama 5 tahun dan produk akan menjadi hak milik penuh anda. Ingat, Coway tidak akan kenakan apa-apa caj tambahan atau kenaikan harga ansuran. Anda cuma perlu bayar mengikut jumlah yang telah dipersetujui antara anda dan syarikat Coway.
Tamat tentang penerangan perjanjian, Wan Soli nak sentuhkan sedikit apa yang anda berhak dapat dalam tempoh perjanjian tersebut. Coway akan bekalkan SERVIS & WARRANTI SECARA PERCUMA KEPADA ANDA! selama tempoh pembayaran.
Antara pakej yang anda akan dapat bersama pembelian sewa beli ini adalah :
- Percuma Kos Pemasangan (Free Labor Cost)
- Percuma Servis Setiap 2 Bulan & Secara Berkala
- Percuma Penukaran Filter Setiap 4/6 Bulan
- Kos Alat Ganti Seperti Filter Dan Lain-Lain Ditanggung Sepenuhnya Oleh Coway
- Peruma Kos Upah Servis
- Percuma Kos Sanitasi Tangki
- Waranti Motor & Elektrikal
- Percuma Kos Pemasangan Semula Untuk Pindah Rumah (cara untuk pemindahan Coway boleh >klik sini<)
Bagaimana pula kepada pengguna yang ambil perjanjian 3+2 yang ingin tamatkan tempoh bayaran ansuran walaupun belum cukup 3 tahun lagi?
Anda akan dikenakan caj penalti sebanyak 50% dari baki jumlah bulanan yang masih tertinggal dalam perjanjian sekiranya situasi sebegini berlaku.
Sebagai contoh, bulanan penapis air Ombak adalah Rm140 dan ansuran bulanan selama 5 tahun (perjanjian 3+2). Anda ingin tamatkan servis pada tahun kedua. Jadi anda mempunyai baki pembayaran lagi 12 bulan dalam perjanjian 3 tahun.
Anda perlu membayar jumlah :
12 bulan x Rm140 x 50% = Rm840 dan penapis air akan dipulangkan kepada pihak Coway.
Apabila anda tamat tempoh pembayaran ansuran 5 tahun, produk akan menjadi hak milik anda dan untuk tahun-tahun berikutnya anda perlu baharui atau renew “service membership” untuk sambung servis & waranti dengan harga berpatutan secara tahunan. (Harga servis mengikut jenis model yang anda guna)
Jika anda berniat untuk “upgrade” mesin lama anda kepada yang baru (kategori yang sama), anda boleh dapat penjimatan harga bulanan untuk mesin baru dengan lebih rendah. Mesin baru tetapi harga lebih murah.
Kaedah Kedua : Tunai
Kaedah pembelian Tunai adalah membuat bayaran penuh untuk harga sesuatu produk. Berbanding dengan Sewa Beli di mana anda boleh bayar secara ansuran mengikut tempoh perjanjian yang membuatkan nilai bayaran lebih tinggi daripada belian secara tunai mengikut pengiraannya.
Kelebihan belian secara tunai adalah secara sah mesin akan menjadi hak milik penuh kita. Manakala kekurangannya adalah ia memerlukan wang yang cukup untuk membuat pembayaran di mana tidak semua orang mampu untuk membayar mesin Coway secara sekaligus.
Untuk anda yang membeli secara tunai, pada asalnya Coway memberikan servis dan waranti selama 1 tahun. Kini, anda dapat menikmati servis dan waranti selama 2 tahun! **untuk produk baru dilancarkan hanya 1 tahun, sila rujuk Wan Soli untuk info produk**
Baik, selepas 2 tahun penggunaan mesin dan servis Coway, untuk tahun berikutnya anda cuma perlu melanggan atau memperbaharui “Service Membership” untuk teruskan servis dan waranti mesin. Kaedah melanggan “Service Membership” ini adalah membayar secara tahunan. **kos mengikut jenis mesin yang anda guna di rumah**
Sewa Beli VS Tunai
Sebelum anda buat pilihan, jom Wan Soli buat pengiraan daripada 2 kaedah pembelian ini.
Contoh No.1 :
Model Penapis Air : Ombak
Caj Service Membership Tahunan : Rm680
Kaedah Sewa Beli
Bulanan Untuk Penapis Air Ombak : Rm140, perjanjian 5 tahun (servis dan waranti percuma 5 tahun)
5 tahun = 5 x 12 bulan = 60 bulan
**Jadi pengiraannya adalah : 60 bulan x Rm140 = Rm8,400**
Kaedah Tunai
Belian secara tunai = Rm4,300 (servis dan waranti percuma 2 tahun)
Caj Membership Tahunan = Rm680
Jom kita ambil kira perbandingan penggunaan selama 5 tahun
Baki tahun = 3 tahun
Jumlah Caj Membership Tahunan = 3 tahun x Rm680 = Rm2,040
**Jadi pengiraannya adalah : Rm4,300 (harga tunai mesin) + Rm2,040 (harga service membership) = Rm6,340**
==========
Jumlah Penjimatan (Tunai) untuk penggunaan 5 tahun
= Rm8,400 (pakej sewa beli) – Rm6,340 (pakej beli tunai) = Rm2,060 (kos yang anda jimat)
Contoh No.2 :
Model Penapis Udara : Lombok 3
Caj Service Membership Tahunan : Rm570
Kaedah Sewa Beli
Bulanan Untuk Penapis Air Ombak : Rm109, perjanjian 5 tahun (servis dan waranti percuma 5 tahun)
5 tahun = 5 x 12 bulan = 60 bulan
**Jadi pengiraannya adalah : 60 bulan x Rm109 = Rm6,540**
Kaedah Tunai
Belian secara tunai = Rm3,490 (servis dan waranti percuma 2 tahun)
Caj Membership Tahunan = Rm570
Jom kita ambil kira perbandingan penggunaan selama 5 tahun
Baki tahun = 3 tahun
Jumlah Caj Membership Tahunan = 3 tahun x Rm570 = Rm1,710
**Jadi pengiraannya adalah : Rm3,490 (harga tunai mesin) + Rm1,710 (harga service membership) = Rm5,200**
==========
Jumlah Penjimatan (Tunai) untuk penggunaan 5 tahun
= Rm6,540 (pakej sewa beli) – Rm5,200 (pakej beli tunai) = Rm1,340 (kos yang anda jimat)
Kesimpulan
Sekiranya anda mempunyai keupayaan dan berkemampuan, Wan Soli lebih galakkan anda untuk membeli penapis air coway atau penapis udara coway secara Tunai. Peribahasa yang sesuai untuk situasi ini adalah ukur baju di badan sendiri.
Akan tetapi, kepada pembeli secara Tunai anda harus ingat bahawa selepas tamat tempoh servis dan waranti percuma anda perlu melanggan “service membership” secara tahunan untuk kekalkan servis dan waranti untuk tahun akan datang.
Atau anda tak mahu pening-pening nak bayar secara tahunan servis dan waranti , Sewa Beli adalah pilihan yang tepat. Jadi anda tak perlu fikir tentang tempoh servis dan waranti selama penggunaan di rumah. Dan anda pun tidak perlu keluarkan duit tunai sekaligus.
Walaubagaimanapun. Wan Soli cuma ingin tunjukkan jalan dan cara, segala keputusan berbalik semula kepada anda.
Apapun, jom kita sama sama tengok Promosi Terkini Coway. Mana tahu kita boleh jimat banyak dengan promosi yang ada
Jika anda nak dapatkan khidmat nasihat mengenai produk Coway seperti penapis air, penapis udara, tilam premium boleh terus hubungi Wan Soli di talian 017 6799 051 atau terus klik >>link whatsapp<< ini.