Penapis udara Coway Storm adalah direka khas untuk pengguna yang menghadapi masalah asma, alahan, alergi, pencinta haiwan peliharaan & juga keluarga yang mempunyai bayi kecil.
Kawasan liputan 49.5 meterper segi dilengkapi dengan 4 peringkat tapisan & sekarang dinaiktaraf kepada dua kali ganda HEPA Filter yang dapat melindungi keluarga anda dari wabak COVID-19 dan virus-virus yang berbahaya dengan lebih efisyen dan selamat.
Penapis udara Coway Storm mempunyai fungsi 2 Dalam 1 iaitu Storm boleh menapis, membersihkan udara dan juga mengeluarkan angin yang selesa melalui kipas ‘bladeless’ yang berbentuk bulat di bahagian hadapan mesin.
Jangan risau jika ada anak kecil di rumah, kerana Coway Storm dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. Jika penutup filter fi hadapan mesin dibuka oleh anak kecil ketika mesin sedang beroperasi, aliran elektrik akan dipotong dan mesin akan berhenti beroperasi secara automatik. Apabila penutup filter ditutup, mesin akan kembali beroperasi seperti biasa.
Mengurangkan Risiko Jangkitan Virus & Kuman Dengan Lebih Efektif
Penambahbaikan teknologi filter HEPA memberikan pelindungan berganda, dengan penggunaan bahan seperti Copper(cu) yang anti-bakteria dan Zinc Pyrithione. Filter HEPA sudah diiktiraf sebagai filter yang mampu mengurangkan sehingga 99.999% virus COVID-19 termasuk varian Omnicron, Influenza A H1N1, bakteria, pembiakan kulat dan lain-lain.
Untuk menghalang penyebaran pencemaran dan wabak, filter anti-bakteria akan membantutkan pembiakan sel dan struktur protein virus-virus tersebut. Dalam masa 24 jam, pencemaran dan wabak akan menjadi tidak aktif dan dihalang dari merebak.