Penapis air Coway Villaem 2 adalah di antara model penapis air yang popular dan ditempah ramai setiap hari. Dilancarkan sebagai Villaem dan kini dilancarkan versi yang lebih moden iaitu Villaem 2.
Harga promosi penapis air Coway Villaem 2 terkini adalah RM120 sebulan dan belian secara tunai adalah RM3,900
Dilengkapi dengan kelebihan 4 suhu, Coway Villaem 2 ini mempunyai suhu panas, sejuk, biasa dan suam. Jika dibandingkan dengan model Coway Ombak yang boleh laras suhu dari 40-90 darjah celcius, model Coway Villaem 2 ini lebih jimat untuk anda memiliki fungsi suhu suam.

Jika dibandingkan dengan model Neo Plus (tangki 5.8 liter), Villaem 2 ini mempunyai 2 kali ganda saiz tangki iaitu 11.3 liter dan penggunaan boleh ditampung sehingga hampir 10 orang isi rumah.
FUNGSI
4 JENIS SUHU
- Air PANAS tersedia 24 jam dan dapat jimatkan masa di dapur. Tak perlu lagi jerang pakai cerek atau heater untuk masak air. Lepas ni lebih mudah untuk masak maggi, kopi, teh & lain-lain dengan cepat.
- Air SEJUK yang dapat melegakan tekak yang sedang kehausan selepas balik dari kerja. Tak perlu susahkan diri untuk sejukkan air di dalam peti ais. Jimat masa dan bila-bila masa sahaja air sejuk tersedia. Tekan dan minum sahaja.
- Air SUHU BIASA yang telah ditapis halus menggunakan teknologi Reverse Osmosis (RO). Jadi kesemua bendasing seperti karat, ion besi dan juga mineral dalam air ditapis dan disingkirkan. Jadi lepas ni, air minuman harian anda adalah dari sumber yang selamat dan sihat untuk tubuh badan.
- Air SUAM yang akan memudahkan kerja si ibu dan bapa kerana hanya memerlukan 5 saat sahaja untuk siapkan susu formula ini. Tak perlu lagi nak seimbangkan antara air panas dan sejuk untuk dapatkan suhu yang ideal untuk susu formula. Villaem 2 wajib dipasang di rumah anda jika anda mempunyai anak kecil atau bayi yang menyusu formula.
SELAMATKAH AIR RO UNTUK BAYI? >>KLIK SINI UNTUK MENJAWAB PERSOALAN ANDA<<

Semua suhu air minuman yang diperlukan di rumah anda telah tersedia 24 jam! Semua dipermudahkan, tak ada lagi pening kepala air kotor, tak sejuk, tak panas, lambat dan macam-macam lagi.
REKA BENTUK MINIMALIS & MODEN
Anda boleh lihat perbezaan di antara Villaem 2 versi baru dan versi lama Villaem. Antaranya Villaem 2 mempunyai rekabentuk yang lebih moden dan minimalis.

Kombinasi 2 warna putih dan kelabu menaikkan nilai reka bentuk minimalis Villaem 2 ini. Jika dibandingkan dengan model lama iaitu warna putih sahaja.
Bagi memudahkan pengguna untuk mengisi air, Villaem 2 direka melengkung ke dalam. Manakala bagi paparan suhu & paras air dalam tangki, Villaem 2 kini direka dalam bentuk “4 DOT LED”. Ini bagi memudahkan lagi pengguna untuk membaca bacaan tahap air.

Bagi pengguna Coway Villaem versi lama, anda juga ada peluang untuk menukar kepada versi baru sekiranya versi lama anda telah lepas minima kontrak 3 tahun.
TOMBOL MESRA PENGGUNA
Saiz tombol Villaem 2 yang lebih besar dari versi lama memudahkan pengguna untuk melaraskan suhu. Ini memudahkan kepada sesiapa sahaja untuk guna Villaem 2.

MOOD LIGHT
Hanya model penapis air Coway tertentu sahaja dilengkapi dengan ciri premium seperti “Mood Light” ini. Untuk Villaem 2, ciri premium ini dilengkapi sekali.

Apabila sensor cahaya Villaem 2 ini mengesan kekurangan cahaya seperti waktu malam, lampu ini akan bernyala bagi memudahkan pengguna untuk mengisi air.
POWER SAVING MODE
Villaem 2 juga dilengkapi dengan fungsi “energy saving” untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Semua penapis air Coway juga dilengkapi dengan fungsi yang sama iaitu “power saving mode”.
Jika Villaem 2 dibuka 24 jam setiap hari selama sebulan, jangan risau kerana bil api rumah takkan melambung tinggi kerana anggaran bil api Villaem 2 hanya RM6-RM8 sahaja sebulan.
Sama juga jika diambil kira dengan peti ais yang menggunakan teknologi inverter yang dibuka 24 jam sehari. Tak melambung kan bil api rumah?
Dan untuk Villaem 2 juga dilengkapi dengan “Eco Mode”. Apabila butang ini diaktifkan, pemanas akan beroperasi dalam penggunaan yang rendah secara tidak langsung menjimatkan tenaga elektrik.
FUNGSI CHILD LOCK
Bagi mengelakkan anak-anak kecil dari terkena air panas, semua model penapis air Coway termasuk Villaem 2 yang mempunyai fungsi air panas akan dilengkapi dengan fungsi “child lock”.

Jika anda menekan air panas tanpa menekan butang merah ini, air panas tidak akan keluar. Jadi untuk isi air panas, anda perlu tekan butang “child lock” ini terlebih dahulu baru anda boleh menekan air panas dan isi ke dalam gelas.
TANGKI BESAR, TAPISAN AIR RO SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA
Penapis air Coway Villaem 2 adalah pilihan ideal untuk seisi keluarga tambah-tambah kepada keluarga yang ada anak kecil. Dengan fungsi 4 suhu, tangki yang besar, tapisan air RO yang paling bersih adalah antara faktor-faktor utama model ini laris dijual di pasaran Malaysia.
Anda tidak perlu risau jika tetamu yang datang ke rumah. Semestinya mereka akan dapat menikmati air Villaem 2 ini.

Buat anda yang memerlukan tangki sederhana besar dan mempunyai anak kecil di rumah, maka Villaem 2 adalah pilihan yang ideal dan khusus kepada anda.






Berminat untuk dapatkan penapis air Villaem 2 yang berbaloi ini? Booking sekarang sementara stok masih ada!

Atau anda inginkan model penapis air yang lebih canggih dan moden ? Jom tengok kelebihan penapis air Ombak pula!
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan penapis air Coway Villaem 2 ini, terus klik link whatsapp di atas atau boleh terus hubungi WanSoli di talian 017-6799 051
