penapis air outdoor coway

Jenama Penapis Air Luar Rumah (Outdoor Filter) Yang Terbaik Untuk Kediaman Anda

Ramai yang di kalangan penduduk Malaysia berhasrat untuk pasang penapis air luar rumah atau ‘outdoor filter’ dan kebanyakannya mereka belum jelas atau tidak tahu cara-cara untuk pilih jenama penapis yang mana.

Jadi penulisan kali ini Wan Soli akan kongsikan jenama penapis air luar rumah yang macam mana Tuan/Puan patut pilih.


Kenapa Penapis Air Luar Rumah Perlu Pasang Di Kediaman Anda?

Kalau nak dibandingkan di dalam filem atau drama luar negara, anda sering melihat yang mereka boleh minum air terus dari paip.

Sebenarnya air yang dibekalkan kepada negara kita adalah bersih pada mulanya kerana ia mengikut penanda aras (standard) yang ditetapkan loji rawatan air namun ia masih tidak sebersih yang boleh diminum terus.

Akan tetapi, jika anda perasan walaupun air telah dirawat, air boleh menjadi karat, keruh dan macam-macam lagi kerana ia disebabkan oleh sistem perpaipan yang sudah lama dan kesan daripada pembinaan/pembaikan paip juga menjadi faktor air yang dibekalkan ke kediaman kita menjadi keruh.

Sesetengah orang berpendapat bahawa mereka tidak memerlukan penapis air kerana secara kasarnya air di kediaman mereka nampak bersih. Namun, Tuan/Puan pernah tak nampak kekuningan di dasar bekas simpanan air?

Dan, bila kali terakhir Tuan/Puan bersihkan cerek elektrik di rumah? Bila kali terakhir kita cuci tangki air di rumah?

Dah Ada La Penapis Air Luar Rumah…Kenapa Air Masih Kotor?!

Jika Tuan/Puan dah pernah pakai penapis air luar rumah, cuba ambil masa untuk tengok bahan/material dalaman yang digunakan. Kerana kebanyakan jenis ni hanya menggunakan pasir dan tidak menyatakan saiz tapisan.

Kebanyakan syarikat persendirian, mereka menawarkan servis menukar pasir di dalam filter dengan harga yang rendah. Kebiasaannya model ini tidak didatangkan servis dan warranti dan jika berlaku sebarang kesulitan terhadap mesin, pengguna harus menanggung kos ‘repair’ dan servis.

Jangan dibandingkan harga semata-mata, malah cuba bandingkan kualiti tapisan kerana material yang digunakan adalah berbeza dan servis selepas jualan juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan kualiti tapisan dari mesin anda pada kadar yang optimum.


3 Tips Untuk Pilih Jenis Penapis Air Luar Rumah

  1. Tuan/Puan kena tahu, semakin halus proses tapisan, semakin bersih air yang dibekalkan. Kalau boleh cuba cari penapis air yang mempunyai sistem tapisan yang paling halus.
  2. Kalau boleh kita nak ada fungsi yang menyenangkan untuk kita maintain seperti bypass jika filter rosak, fungsi seperti backwash dan sebagainya. Jadi cari mesin penapis air luar yang ada control.
  3. Anda juga perlu tahu filter ni bukanlah boleh pakai sampai bila-bila dan ia perlu diganti dengan filter baru, jadi cari yang ada sparepart di dalam pasaran.

Jenama Penapis Air Luar Yang Disarankan

Mesti anda tertanya-tanya jenis teknologi tapisan apakah yang digunakan Coway Bamboo Plus kan?

Bagi menjawab persoalan anda itu, Coway Bamboo Plus menggunakan alpha micro filter membrane untuk menapis kotoran di dalam air, termasuk besi dan karat.

Bamboo Plus Coway tidak menggunakan medium pasir, batu kasar dan arang seperti jenama lain.

filter bamboo

Coway Bamboo menggunakan filter Alpha µF Membrane Coway iaitu membrane pertama yang dihasilkan oleh Coway dengan 7-pora 3000 kali ganda lebih halus daripada diameter rambut manusia.

Filter ini juga mampu bertahan dalam keadaan tahap pH yang pelbagai dan juga boleh bertahan pada suhu & tekanan yang tinggi.

perbezaan filter coway dan jenama lain
Perbezaan penapis air Coway dengan jenama lain
sistem tapisan bamboo coway
Sistem tapisan penapis air Coway Bamboo

Coway Bamboo Plus juga dilengkapi dengan alat kawalan berguna yang memudahkan penukaran antara 4 fungsi iaitu BYPASS, BACKWASH, RINSE & FILTER yang membuatkan ia adalah satu-satunya penapis luar rumah di Malaysia yang mempunyai fungsi-fungsi ini.

Fungsi ini juga dipanggil All-In-One Controller.

all in one controller bamboo

Jika anda sentiasa sibuk, jangan risau kerana anda boleh tetapkan masa untuk penapis Coway Bamboo Plus mengeluarkan kotoran (flush) secara auto dan sistem ini dipanggil Automatic Flush Timer.

Jadi dengan adanya fungsi automatic flush timer ni, anda tidak perlu lagi backwash secara manual. Dengan fungsi ini, penapis air Bamboo Plus ini dapat memastikan sistem tapisan sentiasa dalam keadaan optimum dan berkesan dalam menapis 99.99% virus & bakteria.


Kelebihan Menggunakan Penapis Air Luar Berkualiti

Dengan adanya penapis air luar rumah Bamboo Plus ini, ketahanan paip air dapat dikekalkan kerana bebas dari kotoran air dari luar. Jadi seluruh sistem air di rumah anda akan dibekalkan dengan air yang bersih.

Kepada individu yang ada alergi/ekzema memang disarankan menggunakan penapis air luar rumah Coway Bamboo Plus bagi mengurangkan keradangan

Bagi pakaian putih, Coway Bamboo Plus juga dapat mencegah pakaian dari menjadi kekuningan akibat dari karat & kotoran air paip.


Mampu Milik

Jika Tuan/Puan inginkan model penapis air luar rumah yang berkualiti tinggi, maka model Coway Bamboo Plus ni lah model yang sangat sesuai dipasang di rumah anda.

Harga yang ditawarkan sangat murah (serendah RM65 sebulan – promosi terkini) kerana ianya lengkap dengan pakej servis dan waranti lengkap. Tuan/Puan hanya perlu pakai sahaja dan segala servis selepas jualan diuruskan oleh pihak Coway Malaysia.

Untuk tempahan dan pertanyaan pakej boleh hubungi saya dengan hanya menekan butang dibawah.

whatsapp wan soli

Verified by MonsterInsights