adakah air coway selamat untuk bayi?

“Saya nak pasang penapis air Coway, tapi saya nak tahu dulu air Coway ni sesuai atau tidak untuk bayi saya?” tanya kita kepada diri sendiri.

Pertama sekali sebelum kita teruskan , untuk pengetahuan Tuan/Puan Coway menawarkan 3 jenis sistem tapisan iaitu Reverse Osmosis (RO atau Osmosis Songsang), Mineral & Alkali. Tambah – tambah pula Coway ni dah diiktiraf oleh Water Quality Association (WQA) dan dilabelkan sebagai Water Specialist.

 

Sumber dari laman web WQA

Baik, Wan Soli nak bagi kita semua faham dulu pasal sistem tapisan yang ada di Coway. Jom kita teruskan dengan kebaikan dan kekurangan teknologi tapisan di Coway.

Jadi sedikit sebanyak Wan Soli akan kongsikan sedikit ilmu kepada anda sebelum anda membuat keputusan untuk memilih sistem tapisan.

Wan Soli nak tekankan sikit dekat RO & Mineral ni…

 

Reverse Osmosis atau RO

Teknologi sistem tapisan ini hanya membenarkan air tulen saja untuk melepasi sistem. Bendasing, mineral mahupun baik ataupun buruk dan juga virus berbahaya ditapis secara keseluruhan.

Sebab sistem tapisan RO ni mempunyai saiz tapisan sebesar 0.0001 micron, jadi sebab itulah pengguna RO akan nampak ada air buangan sebab itu adalah air yang mempunyai molekul yang besar dari saiz molekul air. Maksudnya air buangan itu ada kandungan lain selain air tulen.

 

Mineral

Coway pada mulanya lebih cenderung ke arah penggunaan tapisan RO, tetapi atas permintaan pengguna yang lebih pentingkan mineral. Jadi Coway memasarkan model penapis air yang mempunyai sistem tapisan mineral.

Teknologi tapisan ini menapis bendasing, klorin, karat, kuman dan pada masa yang sama mengekalkan mineral di dalam air. Teknologi ini lebih murah dari RO sebab lebih lama di dalam pasaran dan kos pembuatannya lebih murah berbanding teknologi RO.

Akan tetapi, kelebihan sistem tapisan Mineral di Coway berbanding jenama lain di pasaran ialah kehalusan tapisan 0.01 micron.

Jadi, Wan Soli lebih galakkan anda untuk memilih sistem tapisan RO sebab teknologi tapisan ini yang paling bersih dan tidak membuatkan buah pinggang anda berkerja dengan lebih keras.

Okay dah jelas tentang sistem tapisan? Jawapan kepada adakah air Coway ni sesuai untuk bayi? Jawapannya adalah—–YA, RO selamat digunakan untuk anda dan anak-anak anda.

 

kenapa RO selamat untuk susu formula & Bayi?

Ini kerana air paip anda yang telah ditapis oleh teknologi RO ini sudah bebas dari bahan kimia terutamanya bahan ‘fluoride’ dan klorin yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan bayi anda. Dua bahan tersebut selalunya kita jumpa di dalam kebanyakan jenis air minum.

Jadi, dengan kurangnya kandungan ‘fluoride’ ialah faktor utama pakar-pakar syorkan air RO untuk susu formula bayi, dan tambahan pula air RO sangat berfaedah untuk kesihatan anda dan bayi. Kenapa? Jom Wan Soli senaraikan…

Pencemaran seperti bahan plumbum tidak lagi menjadi kerisauan

Proses Reverse Osmosis akan memastikan yang air minuman anda tidak mempunyai besi larut seperti plumbum. Apabila anak anak terdedah dengan bahan ini, mungkin akan mendatangkan penyakit seperti anemia dan berbahaya untuk kesihatan otak mereka.

Mengurangkan Kandungan Sodium

Salah satu lagi bahan kimia yang ditapis adalah sodium. Sodium adalah bahan ion yang diperlukan oleh fungsi badan yang normal. Namun, bayi hanya perlukan jumlah sodium yang sangat kecil di dalam diet mereka kerana sodium berlebihan akan menganggu tumbesaran buah pinggang.

 

 

Sumber : Sinar Harian

Mitosnya, ramai yang beranggapan air RO ditapis sehingga segala nutrien bagusnya seperti zat besi, magnesium dan seumpama dengannya.

Akan tetapi, sebetulnya air RO yang ditapis mesin Coway berbeza dari RO produk lain kerana filter ketiga Coway, iaitu Plus Inno-Sense Filter (Post Carbon + Fine Filter) mengandungi ‘coconut essence’ yang membekalkan sedikit mineral di dalam air.

Sebab itu air RO Coway tidak payau macam RO lain. ‘Coconut essence’ ini datang daripada batang pokok kelapa yang dibakar menjadi karbon dan sebenarnya dari sinilah pengguna dapat mineral semula jadi.

Ketahui jugak, mineral yang manusia perlukan didapati melalui makanan, bukan minuman semata-mata. Sumber mineral di dalam air yang dibekalkan ke rumah melalui loji rawatan air, hanya mengandungi mineral tidak organik, tidak penting & tidak boleh dihadam.

 

Nama-nama peringkat tapisan di dalam mesin penapis air Coway berserta fungsinya.

Sebenarnya, sumber mineral yang diperlukan badan kita adalah dari makanan. Sebab itu, di dalam piramid makanan, hanya susu adalah sumber mineral di dalam bentuk cecair.

Untuk cara beli penapis Coway >>KLIK SINI<<

Sekian dari Wan Soli kali ini, jumpa anda di artikel lain dan akan datang. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika sharing saya membantu urusan Tuan/Puan, mohon Like & Review page Wan Soli dengan menekan gambar di bawah.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Coway Careline di talian 1800-888-111 atau tinggalkan komen anda.

Verified by MonsterInsights